Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca sekalian ๐๐
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas olehNya di pagi ini. Pada entry kali ini, saya akan meneruskan sambungan kisah praktikal saya pada entry yang lepas.
MPH Bookstore @ Dpulze
Kenapa saya praktikal?
Saya menjalani latihan industri (praktikal) bagi tujuan melengkapkan syarat kelulusan Diploma in Entrepreneurship KUPTM KL. Jadi kerana hal itu, saya terpaksa bertungkus lumus atau istilah yang selalu digunakan oleh mat saleh "struggle". Saya terpaksa bertungkus lumus melengkapkan syarat kelulusan tersebut dengan menyertai salah sebuah syarikat dan menjalani latihan selama 4 1/2 bulan.
Saya memulakan tugas sebagai seorang budak praktikal di MPH Bookstore@ Dpulze, Cyberjaya. Pada pagi 25 Julai 2016, saya melaporkan diri sebagai budak praktikal tepat jam 9.16 pagi. Pada mulanya saya berasa agak janggal kerana sebelumnya saya tiada pengalaman bekerja di mana-mana syarikat. Pada pagi tersebut setelah melaporkan diri kepada salah seorang keyholder iaitu Cik Rabiatul Adawiyah, saya dikenalkan kepada pekerja-pekerja MPH yang lain. Di antaranya ialah Hamzah, Nur Nabilah dan Nur Fitriah.
Setelah diperkenalkan kepada staff-staff MPH tersebut, saya dipanggil oleh Cik Rabiatul (Rabi) untuk pergi bertemu dengannya bagi membincangkan perkara berkenaan prosedur kerja, waktu bekerja, pengagihan syif dsb. Setelah itu, saya dimaklumkan oleh Kak Rabi untuk pergi meneliti satu persatu department buku-buku dan alat tulis yang terdapat di premis tersebut.
Saya pun diperkenalkan oleh Nur Nabilah kepada department yang ada, bermula dari department permainan sehinggalah ke department alat tulis. Saya juga diberitahu tentang kod serta cara bagaimana mengenalpasti sama ada buku yang pelanggan cari masih ada ataupun tidak. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Nur Nabilah, saya berjaya meneruskan tugas saya pada hari tesebut.
Ruangan MPH Bestseller
Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya
Bersambung...
No comments:
Post a Comment