Saturday, 18 February 2017

LATIHAN INDUSTRI: PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian 😃

                                                                                                                            MPH Bookstores

Pada entry kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit kisah pengalaman sebagai seorang budak praktikal di MPH Bookstore @ Dpulze, Cyberjaya. Kisah ini berlaku sekitar bulan 7 pada tanggal 25 Julai 2016.

Terus terang saya katakan, MPH Bookstore bukanlah pilihan pertama saya di dalam menjalani latihan industri, kerana sebelum itu saya sudah pun menghantar resume serta borang lampiran permohonan latihan industri di syarikat lain seperti Manhattan Fish Market, TESCO serta PARKSON.

Setelah beberapa lama menanti jawapan daripada syarikat-syarikat tersebut, akhirnya saya menerima panggilan daripada pihak MPH Bookstore Sdn. Bhd dengan mereka menerima dan bersetuju untuk mengambil saya sebagai salah seorang budak praktikal di salah satu premis mereka. Pada mulanya saya agak keberatan namun setelah beberapa lama mengambil masa menentukan pilihan, akhirnya saya bersetuju menerima tawaran pihak MPH Bookstore Sdn. Bhd.

MPH Bookstore Sdn.Bhd adalah salah satu syarikat cawangan yang dimiliki oleh salah satunya usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary telah menandatangani  petisyen untuk membeli syarikat MPH Bookstore Sdn.Bhd, yang pada asalnya ditubuhkan di negara jiran, iaitu Singapura.

Berbalik kepada kisah praktikal, saya ditugaskan untuk menyertai kursus selama 3 hari yang diadakan di anak pejabat mereka, iaitu di Petaling Jaya. Selama berlangsungnya kursus, saya telah pun menerima pendedahan yang agak banyak, bermula dari aktiviti yang diadakan di MPH Bookstore @ Nu Sentral sehinggalah kepada sesi di mana freshie ditugaskan untuk belajar menjaga kaunter bayaran.



                                                                                                               Tan Sri Syed Moktar al-Bukhary



                                                                                                                              MPH Singapura

No comments:

Post a Comment