Saturday, 24 March 2018

GIATMARA BANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian.. ☺✋

Setelah agak lama menyepi disebabkan oleh jadual waktu belajar yang agak padat ... barulah kali ini saya diberi keizinan waktu untuk menulis tentang pengalaman belajar di GiatMara Bangi ..

Apa itu GIATMARA ?

GIATMARA adalah sebuah institusi latihan peringkat umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat yang juga dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA terletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

GIATMARA ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menghadapi tenaga kerja mahir serta usahawan teknikal dari segi keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

GIATMARA Jitra yang kini dikenali sebagai GIATMATA Prima Kubang Pasu yang dibina pada bulan Januari 1986 merupakan penanda aras utama Syarikat Mara dalam membantu melahirkan generasi yang cemerlang dari segi teknikal mahupun intelektual.

Pada peringkat awal, pengambilan pertama hanyalah seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik , Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan yang dan permintaan yang menggalakan akhirnya
menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan.

Pada masa ini, GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan juga Hospitaliti.

Berbalik kepada pengalaman belajar di GIATMARA Bangi, setelah mengambil bahagian dalam Kursus Percetakan, saya telah mempelajari banyak ilmu dan kaedah dari segi menggunakan mesin percetakan di mana saiz mesinnya boleh dikatakan agak besar.

Di sini, mesin-mesin yang digunakan dalam bidang percetakan amat berbeza jika dibandingkan dengan mesin percetakan yang biasa. Kebanyakan mesin di sini biasanya digunakan dalam sektor pembuatan kertas, penghasilan warna kertas dsb.

Pelajar-pelajar didedahkan dengan cara menggunakan mesin dengan betul, baik dari segi kefungsian dan keselamatan.

Pada 2 bulan pertama iaitu di awal bulan Januari dan Febuari, para pelajar didedahkan dengan latihan amali sebelum diperkenalkan dengan kaedah menggunakan mesin.

Selain daripada kursus percetakan, GIATMARA Bangi juga mempunyai satu lagi kursus iaitu Dekstop Publishing Arts (DPA) di mana para pelajar didedahkan dengan cara menggunakan Adobe bagi tujuan penggunaan design dsb.

GIATMARA Bangi kini mempunyai  anggaran seramai 40 orang pelajar dengan salah seorangnya adalah saya yang lewat mendaftar pada akhir bulan Januari yang lalu.

Kursus TPC mahupun DPA dianggarkan berlangsung selama 6 bulan di mana ianya akan tamat pada akhir bulan Jun. Para pelajar juga diberi peluang untuk menyambung belajar ataupun menghabiskan kontrak pembelajaran selama 6 bulan tersebut.

Alhamdulillah pada awalnya agak kekok untuk belajar di sini, tetapi akhirnya saya dapat mengetahui cara menggunakan mesin dengan betul di samping berkenalan dengan rakan baru seperti Hafiz, Danish, Erry, Umi dan sebagainya.

Akhir kata, saya berharap dengan pendedahan sebegini, saya dapat membuka satu syarikat percetakan
yang bagus dan berkualiti pada masa akan datang.

Semoga berjumpa lagi pada entri yang akan datang.. Assalamualaikum ☺👍

No comments:

Post a Comment