Sunday, 19 February 2017

INTERNSHIP: CHALLENGE ACCEPTED

Assalamualaikum dan selamat malam readers..   😃🌃

MPH Bookstore @ Dpulze

Pada entry yang lepas, saya telah pun menceritakan tentang pengalaman bekerja sebagai budak praktikal/intern, pada entry kali ini saya akan menceritakan tentang cabaran sebagai seorang budak praktikal.

Bukan mudah sebenarnya tugas sebagai budak praktikal, apatah lagi sebelumnya saya tidak mempunyai pengalaman bekerja di mana-mana syarikat. Justeru, apabila terdapat masalah yang berlaku di tempat saya bekerja, saya biasanya akan mencari cara bagi menangani masalah tersebut.

Di antara masalah yang dihadapi oleh saya setiap kali bekerja, ialah:

a) Menangani pelanggan yang ego, cerewet dsb.
b) Mengemas ruangan yang bersepah spt file.
c) Membersihkan kawasan2 yang kotor seperti lantai.
d) Mencari buku2 yang kehabisan stok, seperti menelefon cawangan MPH yang lain bagi mempertanyakan keberadaan buku.
e) Mencari buku2 yang "misplace".
f) "Miscommunication' di antara staff dan pelanggan serta staff yang lain.
g) Mengira stok majalah dan surat khabar.

Justeru, apabila menghadapi masalah dengan pelanggan dan staff yang lain, saya seboleh2nya akan mencari cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. 

Contohnya, apabila seorang pelanggan menyedari buku yang dicarinya tiada, maka saya akan mencadangkan kepadanya sama ada saya menelefon cawangan MPH yang lain bagi mempertanyakan keberadaan buku tersebut, ataupun mengarahkan cawangan lain supaya menyimpan/reserve buku untuk pelanggan tersebut.

*P.S* Biasanya pelanggan yang kurengg ni adalah orang2 luar negara, cthnya dari Arab Saudi sebab penduduk Cyberjaya ni kebanyakkanya ramai student2 budak Arab.

Saturday, 18 February 2017

INTERNSHIP DUTY

Assalamualaikum dan selamat tengah hari para pembaca.. 😃

Hello and a very good afternoon dear readers..
Sempat snap gambar 😆
Pada entry sebelumnya, saya telahpun menceritakan pengalaman hari pertama saya sebagai budak praktikal. Pengalaman sebagai seorang budak praktikal, adakalanya akan mengalami hari yang baik, namun akan ada hari-hari yang membuatkan kita seperti malas untuk pergi bekerja, walaupun sebagai budak praktikal.

Justeru, pada edisi kali ini, saya akan mengupas tugasan dan cabaran selama saya menjalani latihan industri di MPH Bookstore@ Dpulze. Di antara tugasan saya sebagai budak praktikal ialah:

a)  Menampal tanda harga                                       (Pricing)
b)  Mencabut tanda harga                                        (Removing price tags)
c)  Menyusun ruangan buku dan alat tulis             (Rearrange books/stationery)
d)  Meletakkan buku-buku dan alat tulis                (Placing items)
e)  Menyapu dan menyuci lantai                              (Sweeping and cleaning floor)
f)   Mempromosi barangan terbaru                         (Advertising new items)

Selama 41/2 bulan bertugas di MPH Dpulze, saya telah mengalami dan merasakan banyak pengalaman bekerja. Namun begitu, terdapat juga pengalaman pahit sebagai salah seorang budak praktikal di situ. 

Entry seterusnya saya akan memgupas topik mengenai dugaan sebagai seorang budak praktikal. 

Tugasan Latihan Industri


LATIHAN INDUSTRI: PART 2

Assalamualaikum dan selamat pagi para pembaca sekalian   😃🌞

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas olehNya di pagi ini. Pada entry kali ini, saya akan meneruskan sambungan kisah praktikal saya pada entry yang lepas.


                                                                                                                   MPH Bookstore @ Dpulze

Kenapa saya praktikal?

Saya menjalani latihan industri (praktikal) bagi tujuan melengkapkan syarat kelulusan Diploma in Entrepreneurship KUPTM KL. Jadi kerana hal itu, saya terpaksa bertungkus lumus atau istilah yang selalu digunakan oleh mat saleh "struggle". Saya terpaksa bertungkus lumus melengkapkan syarat kelulusan tersebut dengan menyertai salah sebuah syarikat dan menjalani latihan selama 4 1/2 bulan.

Saya memulakan tugas sebagai seorang budak praktikal di MPH Bookstore@ Dpulze, Cyberjaya. Pada pagi 25 Julai 2016, saya melaporkan diri sebagai budak praktikal tepat jam 9.16 pagi. Pada mulanya saya berasa agak janggal kerana sebelumnya saya tiada pengalaman bekerja di mana-mana syarikat. Pada pagi tersebut setelah melaporkan diri kepada salah seorang keyholder iaitu Cik Rabiatul Adawiyah, saya dikenalkan kepada pekerja-pekerja MPH yang lain. Di antaranya ialah Hamzah, Nur Nabilah dan Nur Fitriah.

Setelah diperkenalkan kepada staff-staff MPH tersebut, saya dipanggil oleh Cik Rabiatul (Rabi) untuk pergi bertemu dengannya bagi membincangkan perkara berkenaan prosedur kerja, waktu bekerja, pengagihan syif dsb. Setelah itu, saya dimaklumkan oleh Kak Rabi untuk pergi meneliti satu persatu department buku-buku dan alat tulis yang terdapat di premis tersebut.

Saya pun diperkenalkan oleh Nur Nabilah kepada department yang ada, bermula dari department permainan sehinggalah ke department alat tulis. Saya juga diberitahu tentang kod serta cara bagaimana mengenalpasti sama ada buku yang pelanggan cari masih ada ataupun tidak. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Nur Nabilah, saya berjaya meneruskan tugas saya pada hari tesebut.


                                                              Ruangan MPH Bestseller



                                                              Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya


Bersambung...




LATIHAN INDUSTRI: PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian 😃

                                                                                                                            MPH Bookstores

Pada entry kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit kisah pengalaman sebagai seorang budak praktikal di MPH Bookstore @ Dpulze, Cyberjaya. Kisah ini berlaku sekitar bulan 7 pada tanggal 25 Julai 2016.

Terus terang saya katakan, MPH Bookstore bukanlah pilihan pertama saya di dalam menjalani latihan industri, kerana sebelum itu saya sudah pun menghantar resume serta borang lampiran permohonan latihan industri di syarikat lain seperti Manhattan Fish Market, TESCO serta PARKSON.

Setelah beberapa lama menanti jawapan daripada syarikat-syarikat tersebut, akhirnya saya menerima panggilan daripada pihak MPH Bookstore Sdn. Bhd dengan mereka menerima dan bersetuju untuk mengambil saya sebagai salah seorang budak praktikal di salah satu premis mereka. Pada mulanya saya agak keberatan namun setelah beberapa lama mengambil masa menentukan pilihan, akhirnya saya bersetuju menerima tawaran pihak MPH Bookstore Sdn. Bhd.

MPH Bookstore Sdn.Bhd adalah salah satu syarikat cawangan yang dimiliki oleh salah satunya usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary telah menandatangani  petisyen untuk membeli syarikat MPH Bookstore Sdn.Bhd, yang pada asalnya ditubuhkan di negara jiran, iaitu Singapura.

Berbalik kepada kisah praktikal, saya ditugaskan untuk menyertai kursus selama 3 hari yang diadakan di anak pejabat mereka, iaitu di Petaling Jaya. Selama berlangsungnya kursus, saya telah pun menerima pendedahan yang agak banyak, bermula dari aktiviti yang diadakan di MPH Bookstore @ Nu Sentral sehinggalah kepada sesi di mana freshie ditugaskan untuk belajar menjaga kaunter bayaran.



                                                                                                               Tan Sri Syed Moktar al-Bukhary



                                                                                                                              MPH Singapura

HOBBY: A LIFE INSPIRATION



                                                                                                     Assalamualaikum para pembaca sekalian😃

Apa itu hobi ?

Hobi adalah satu aktiviti berfaedah yang dilakukan pada waktu lapang yang mampu memberikan kepuasan serta ketenangan jiwa kepada seseorang individu.

Hobi seseorang bergantung kepada minat mereka terhadap sesuatu bidang. Sebagai contoh, ada orang yang minat bersukan, ada yang minat bernyanyi, dan ada juga yang minat memasak. Dengan adanya hobi, maka hidup seseorang akan lebih produktif dengan masa yang terluang digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah serta dapat mengurangkan stres, khususnya bagi mereka yang bekerja.

Manakala bagi saya, waktu yang terluang saya gunakan untuk melayari internet, twitter, ataupun bersukan seperti futsal dan menonton wayang. Maka dengan cara seperti ini, ianya dapat mengurangkan stress serta menenangkan jiwa dan minda saya.